Monday 21 March 2011

Garam anti-radiasi? akibatnya garam telah habis licin di China


Rakyat China yang termakan isu bahawa garam dapat melindungi tubuh dari radiasi nuklear dengan paniknya telah membeli garam dalam jumlah yang banyak.

Kepanikan pembeli telah kelam kabut menyapu licin garam di kedai-kedai dan supermaket sekalipun ada jaminan oleh kerajaan China bahawa China tidak menghadapi bahaya ancaman radiasi.

Peristiwa panik membeli garam ini terjadi di Sichuan barat, Zhejiang timur dan Guangdong.

Pil Iodin dapat menghalang tubuh dari menyerap iodin radioaktif setelah terdedah radiasi.

Iodin banyak terdapat dalam garam kebanyakan di China digunakan untuk mencegah gangguan kekurangan iodin, tetapi garam harus dicerna dahulu untuk mendapatkan kesan yang sama seperti iodin tunggal.

Kementerian Perdagangan China mengatakan bahawa kepanikan pembeli membeli garam telah berhenti dan pasaraya kembali normal setelah para pembeli mengosongkan rak-rak garam di supermarket di Beijing hingga ke Sichuan, menurut bilik berita Xinhua.